February 9, 2011

tentang kerja


mahu bicara tentang kerja.alhamdulillah,setakat ini masih lagi berkecimpung dengan kerjaya yang tak lari dengan kursus diploma aku iaitu elektrik dan elektronik.

kerja pertama aku.berkait rapat dengan elektronik.kerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat yang hasilkan sistem fingerprint.ala,kalau selalu attendance untuk mereka yang bekerja ialah punch card.ini sama sistem nya cuma teknologi nya ialah cap jari.kerja lebih kepada production dan troubleshooting.

kerja ke-dua aku.masuk kilang.kilang stamping.di mana kilang ni buat bahagian di dalam ic (integrated circuit atau chip).tak lama sangat bertahan di company ni.ada masalah sikit dengan engineer di deparment.dan mungkin dengan sistem shift-nya.

kerja yang ketiga.kali ini yang hampir kena dengan minat aku.sistem audio dan visual.ya,mungkin kerna penglibatan aku dengan teater ketika zaman uni dulu.cuma kerja ini lebih kepada servis professional audio seperti mixer,speaker,wireless mic dan seumpama dengan-nya.dekat sini memang banyak buat aku bukak kembali note masa waktu belajar dulu.sebab berkaitan rapat sangat dengan elektronik,signal dan elektrik.sayang juga nak tinggal company ni tapi kerna ada sedikit isu kebajikan pekerja yang tak berapa nak di jaga.aku putus untuk bertukar kerja.

sebelum terus dengan kerja seterusnya.sambil-sambil aku maseh bekerja pekerjaan yang ke tiga tu.ada buat kerja separuh masa di sebuah production house di petaling jaya.mana kata nak ada pengalaman untuk belakang tabir dan semasa kejadian.yang ini agak seronok.memang berkait dengan event terus.sempat juga terlibat dengan 2,3 events.tak sempat nak belajar sistem lighting je kerna dah komited untuk kerja yang ke-empat ni.

kerja ke empat aku.alhamdulillah sekali lagi.dapat peluang kerja di audio visual punye industri as AV tech.baru 3 hari masuk sudah di arah untuk kerja luar kawasan dan terus dapat arahan untuk terus standy by di project site.

berkenaan kerja ke tiga aku ni.company ni lebih kepada sistem audio dan visual yang teknologi tinggi.lebih kepada digital.bukan seperti yang analog.macam mixer yang kita nampak besar-nya tu kan.kalau yang ini,semua di kawal dengan touch screen panel saje.semua setting di situ.maseh banyak untul belajar dan sentiasa mencari peluang untuk belajar.

dan harapan aku.dan target aku untuk kekal di company ni until aku achieved apa yang aku nak.dan belajar segala yang boleh belajar.

alhamdulillah.rezeki aku untuk mencari kerja.setakat ini jalan-nya tidak lah sukar mane.yang penting bagi aku.usaha mencari itu ada.nak tunggu kerja tiba-tiba jatuh tu.susah la kan.

so,kepada mereka-mereka yang maseh mencari kerja.jangan putus asa.teruskan mencari dan kalau dapat,terima la se-adanya dulu.dari situ anda akan berkembang.insyaALLAH.

p.s:tadi bicara dengan ibu saudara di kuantan melalui panggilan telefon.seronok dia tahu anak buah nya kerja di kuantan.dan paling besh kata nya "ni dah balik kuantan semula.keje kuantan..rasanya kahwin orang kuantan la ni"..dan aku..ni dh kali ke empat orang yang berkata macam tu kat aku.kalau ada jodoh tak kemana ka.


"usah bicara tentang cinta jika tidak bersedia"


0 celoteh:

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0