December 1, 2009

warkah buat kerabat

buat kekanda dan adinda senandika,

sebelum membuka bicara,

Segala puji bagi Allah Taalan dan selawat serta salam atas nabi dan keluarganya dan taulannya.

sudah tentu sekarang kerabat semua sedang mula untuk membuat persiapan akan teater makum.tidak sempat kanda turut serta dalam produksi ketika kanda masih menuntut dahulu,harapan untuk serta buat kali terakhir nya tidak dapat tapi tidak mengapa,harap legasi itu dapat dan masih diteruskan untuk tahun berikutnya dan terus di sambung warisan dan amanah itu.

kanda tidak pasti akan jalan sinopsis teater yang kekanda dan adinda kerabat semua sedang berlatih tapi apa yang kanda dengar,masih ada satu klise yang masih di teruskan,adegan bunuh dan bunuh.tak mengapa,kalau itu yang sudah jadi darah daging kita.apa-apa pun,harap yang terbaik itu ada.

tekanan,salah faham dan ber-emosi di kala berproduksi perkara yang harus kerabat semua lali.ya,kanda faham ada yang mungkin tidak dapat terima,tapi itu norma kehidupan yang kita tidak boleh lari.harap bagi kekanda dan adinda yang lama,dapat bimbing dan harap tidaklah turut emosi.

banyak lagi yang mahu kanda sampai kan.tapi biarlah ini menjadi warkah pertama dahulu.kalau tiada aral melintang,warkah ke dua akan menyusul.ya,mungkin kanda atau dinda kalian tidak membaca warkah ini atau rasakan khabar ini merapu,tapi cumamemberi cebisan rasa ambil berat yang remeh saja.

sehingga warkah akan datang.


yang benar,

kanda bob.

November 25, 2009

untuk yang rasa dia kawan aku

ke kampung berjalan membeli cili.assalamualaikum,berjumpa kembali.

ya,sudah lama tidak update perkembangan di blog.tapi senantiasa menjadi pemerhati muka sesawang rakan-rakan lain.banyak cerita mereka.walaupun tak ada dekat dengan mereka tapi masih dapat tahu perkembangan mereka.

senyap-senyap aku,banyak-banyak aku perhati,mahu saja aku luah.tapi kadang-kadang aku rasa biar senyap saja jadi jawapan.biar kadang-kadang hanya luah melalui mimik muka,tidak perlu kata-kata.biar orang tak faham tapi aku rasa lega rasa itu di luah.

sehari dua ni,aku banyak jumpa kembali kawan-kawan lama.amat lama.sepuluh tahun mungkin.kawan sekolah rendah.ya,hanya di laman bukumuka.tapi itu cukup memadai bagi aku ingat kembali memori lama.

ingat juga memori lama bila aku dengan rakan yang aku kenal 4 tahun selak-selak kembali helaian foto di komputer riba.tergelak kami.memang betul-betul imbau kenangan lama.

semua itu jadi ukuran untuk aku sekarang.apa perubahan aku.dari segi naturalisasi kematangan hidup aku.

untuk itu,aku mahu ucap terima kasih kepada semua sahabt-sahabat aku yang sama-sama pernah rasa membesar bersama aku.terima kasih kerana membentuk aku.terima kasih kerana menjadi sahabat aku.bagi aku,setakat ini aku masih bergaul dengan rakan-rakan yang betul.

dan aku harap waktu aku bersama rakan-rakan itu dapat kembali walau sekejap.cukup untuk memberi rasa pada aku.yang mula hilang rasa.kerana aku tak mahu rasa itu hilang.

terima kasih kawan.

:]

November 10, 2009

cubaan lagi

Salam pertemuan kembali.

dan

salam ingatan.

Nasib baik aku masih ingat aku ada blog.terlalu banyak kekangan untuk menulis di blog sekarang.tapi masih cuba untuk update walau sekali sebulan.

Cubaan kerja datang lagi.baru sahaja 3 minggu yang lepas dapat tawaran interview di Yeos.tapi mungkin belum rezeki lagi.tiada panggilan untuk kerja.dan esok,ada cubaan kerja lagi.kali ini berdekatan dengan kl sentral.dan position yang di tawar memang luar bidang pengajian aku.customer service.tapi gaji yang di tawarkan lebih masyuk dari yang sekarang.

apa-apa pun,aku akan pergi cubaan kerja itu.kalau ada rezeki,alhamdulillah.dan juga selamat maju jaya kepada sahabat aku yang turut ada cubaan kerja esok.
"moga-moga kita berdua sukses bro".

dan dua tiga hari ini,fikiran aku sering teringat rakan-rakan serumah F5 dulu,sahabat-sahabat sekuliah dan teman-teman senandika.cess..itu buat mood kerja aku kurang.

dan yang sedang bercinta.selamat bercinta.dan buat yang mahu membina mahligai rumah tangga,semoga bahagia.dan yang sedang sedih,senyum-senyum,usah bersedih.

sehingga jumpa lagi.

:]




*cubaan kerja : interview/temuduga

November 2, 2009

aku tiba-tiba perasan

perempuan itu mudah je kan.

perempuan itu kut.

tak.bukan semua.tapi memang mudah.amat mudah.

tahniah untuk anda.

October 13, 2009

sedikit rentetan hidup ketika ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama tidak hadir di dunia blog.agak lama.
biasa la,untuk berblogging,perlukan internet.dan aku mempunyai kekangan internet.

sudah susah nak online.selalunya di pejabat.tapi itu dulu.ketika waktu ber-latihan industri.
sekarang tidak,sudah tukar status.bekerja.yup,aku sudah bekerja.
mungkin position aku tidak sehebat rakan-rakan yang lain,tapi aku bersyukur sebab memperoleh pekerjaan di kala waktu ekonomi dunia yang tidak menentu ni.ramai lagi rakan-rakan yang memegang segulung ijazah sarjana muda yang masih menganggur.

tidak terlambat untuk aku ucapkan tahniaah kepada rakan-rakan aku yang sudah bergraduasi pada minggu yang lepas.juga tahniaah kepada rakan-rakan aku yang belajar di uitm yang akan bergraduasi pada minggu ini.

sekarang masih mencari hala tuju hidup.adakah bekerja ini sebagai platform mencari pengalaman sebelum sambung study.atau sebagai mencari pengalaman untuk menerjah ruang kerja yang akan mendatang.apa yang aku pasti,aku cuma mengikut arus sekarang.mana yang hadir dulu,akan aku pilih yang itu.

memang betul kata orang,rasa mahu study itu pasti hilang kala sudah bekerja.mana tak nya,sudah memegang duit dan boleh merancang mahu membeli apa yang ingin.pening kepala kalau fikirkan.

2 hari lagi,genap 4 bulan aku berada di shah alam.berada di dunia yang amat jauh berbeza di waktu belajar dahulu.ramai yang aku kenal.pelbagai ragam sifat manusia aku lihat.dan banyak kenangan pahit manis.macam-macam.serius,macam-macam.dan itu semua membuatkan aku makin matang dan berdikari.

kepada pelajar ump yang dari fakulti elektrik dan masih mencari tempat praktikal.mungkin boleh cuba layari www.neural.com.my untuk dapatkan tempat praktikal anda.

mungkin kurang update selepas ini.cuba mampu hidup sebentar di ruang facebook.itu pun mencuri hidup waktu rehat tengah hari.masih menunggu untuk melanggan streamyx di rumah.bergantung kepada keadaan ekonomi hujung bulan ni.ramai yang hantar borang permohonan untuk my first month salary treats.akan di fikirkan permohonan korang di luluskan atau tidak.

dan sehingga jumpa lagi.ada masa.jumpa di laman sosial facebook ye.






*tutup mata.dengar kata hati.
jangan ikut perasaan.
jangan luka-kan.

September 16, 2009

ada mood itu.tiada

masih kerja.

hingga jumaat.


maaf en.sabri.tiada mood untuk bekerja.

seperti wabak.penularan ketiadaan mood untuk kerja.


minggu ini.ofis sunyi dan sepi.

owh.raya.memang beri kesan efek yang kuat.


*en.sabri ialah production manager di ofis aku.kire bos den la.



dan malam ini masih lagi mahu bersoping-soping.

di ikea.

kepada syafiq,lepas berbuka.terus gerak beb.


*dan syafiq ialah housemate merangkap member aku yang 4 tahun plus plus dah kenal.






en.sabri
lepas raya.janji saya kerja rajin-rajin.

salam lebaran

InsyaALLAH,jumaat ini merupakan hari terakhir aku ber-latihan industri.

Report dan segala yang perlu di siapka,sudah lengkap siap.

tidak kelam kabut aku cuti seminggu raya nanti.

Alhamdulillah,lepas raya dah mula bekerja.terus bekerja di syarikat yang aku-ber latihan indsutri ni.mencari pengalaman dahulu.mohon sokongan rakan-rakan.

Jadi,di kesempatan ini.kesempatan dari kekangan untuk berada di dunia hujung jari.

ingin la memberi sepatah dua kata salam lebaran.

Jadi.

saya,Fakhrul Shahidan a.k.a bob serta keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Mohon ampun maaf dari rakan-rakan semua.sahabat-sahabat.teman-teman.maaf dari hujung rambut ke hujung kaku.kalau ada terlepas kata.tersalah laku.terlanjur buat.mohon maaf ye.

Jemput-jemput la datang ke rumah raya nanti.

Apa-apa pun,kalau nak datang,bagitau la.takut-takut kita pula tiada di umah.


Sehingga lain kali.

Sambutlah syawal kali ini se-ada nya.aman.dan senyum.






bob.
raya tahun depan dah kena beri duit raya kat anak buah.
angguk-angguk.

September 9, 2009

hati serius

yeaah.

minggu 13 dari 14 minggu ber-latihan industri.minggu depan.tamat.

maksud juga sudah 13 minggu aku berteduh di shah alam.

cukup banyak yang aku belajar.cukup banyak yang aku perhati.cukup banyak yang aku rasa.

tapi masih banyak lagi yang akan mendatang.

so,kata kawan aku.teruskan kehidupan.tak usah pandang cermin sisi.ya,kadang-kadang perlu melihat,tapi hanya melihat di kala perlu sahaja.


2 minggu kebelakangan ni.banyak perkara yang datang.perkara yang menguji tahap lakonan aku atas pentas hidup ni.uji kawan-kawan aku.uji keluarga aku.

hey.tanpa dugaan,apa guna hidup ni kan.kosong.

apa-apa pun.

kepada kawan aku.jom jalan-jalan.tak usah mahu mengensot lagi.sakit.



shhhhh.diam.kadang-kadang,senyap itu perlu kan.aku dah letih mahu berkata.




kepada kamu dan kamu.maaf.





dan.kalau entri ini ada iras-iras ayat kawan aku itu.abaikan.kami ada kem motiviasi muhasabah diri malam tadi.terbaik.best.bermanfaat.terima kasih buat kawan yang bagi ceramah.

August 31, 2009

kerja pada minggu ini

kerja buat report untuk audit ISO itu amat lah best.

di tambah ada audit pada hari rabu bersamaan dengan penyelia dari UMP datang untuk menyelia.

memang terbaik.


aku perlukan rehat.ada sesiapa yang jumpa waktu rehat aku.


tolong pulangkan.






dah lama tak lihat bintang.bintang ada semalam?

.letih berjalan sorang-sorang dekat pusat membeli belah di kota raya sambil menyandang beg dan memegang beg komputer riba.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0