February 1, 2011

kata putus terima


sambil menikmati hidangan makan malam di salah sebuah restoran makanan laut di tanjung lumpur.

"bob,after chinese new year,dah boleh terus letak semua barang-barang ko kat kuantan..konpem ko kene stay kuantan..pasal bab-bab elaun sume,itu nanti kita susul kemudian".. dan aku terima kata arahan dengan senyuman.

rezeki kadang-kadang kita tak terjangka bukan.puas cuba berlari dari tempat yang mungkin se-memang-nya tertulis menjadi takdir kita.lepas detik bos kuar-kan statement tu..dari detik tu sampai saat aku tulis entri ni.terus timbul satu-satu memori saat tinggalkan bumi pahang.

mula dengan saat waktu ber-praktikal.waktu aku kenal dengan alam kerjaya.aku kenal dengan rakan sekerja merangkap rakan baru.yang ada di antara-nya aku anggap macam akak dan abang aku sendiri.terus dengan memori saat-saat satu persatu rakan-rakan sewaktu di uni dulu datang ke shah alam.kalau tak silap..mula dengan syafiq.kemudian maro.bad..ahred..terakhir rani.meriah kut di shah alam..ye la..rakan-rakan sekelas dahulu ada.rakan teater dulu ada.rakan sekampung ada.rakan sekolah ada.rasa lengkap.

ye,aku bersyukur dengan kerja yang aku dapat sekarang.sedikit pun tidak ada rasa menyesal menerima tawaran kerja ni setelah di maklumkan akan kena stay di kuantan.cuma..ada sedikit rasa terkejut dengan makluman ni.

kalau korang sume nak tahu.berikut sedikit kronologi kaitan perjalanan hidup aku berkaitan dengan bumi darul makmur ni:

  • tahun 1995-tahun 2000 : darjah satu hingga enam di Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau,Kuantan,Pahang
  • tahun 2001-tahun 2003 :tingkatan satu hingga tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong,Karak,Pahang
  • tahun 2004-2005 :tingkatan empat hingga lima di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan,Indera Mahkota,Pahang
  • tahun 2006-2009:Diploma Kejuruteraan Elektrik&Elektronik,Uni Malaysia Pahang,Gambang,Pahang

tahun 2010:aku bertapak di shah alam.tempat aku kenal dengan ramai kenalan baru.tempat aku jumpa kembali kenalan lama.tempat aku kenal erti lelah penat.tempat penuh dengan drama hidup.macam-macam kenangan.

tahun 2011:kembali ke bumi darul makmur.

kalau di lihat,separuh dari hayat aku di pahang bukan.cuba untuk lari untuk tidak berpijak di pahang.bukan benci.bukan bosan.cuma mahu pengalaman hidup di tempat lain.alhamdulillah,di beri peluang walau seketika.

dan kini berlatih senyum untuk sembunyi "perasaan" itu.


"tuhan,terima kasih untuk rezeki yang Kau berikan.aku bersyukur.aku redha dengan ketentuan."


1 celoteh:

Unknown said...

hi bob!!

haha.. ko mgkin x kenal..
n, ak mgkin kenal ko..
ko mungkin x bace komen ak,
tp, ak ttap nk tulis gak..

cte pasal phg..
haha.. ak tertarik..
kita serupa..

ak,
sek men kt pekan phg..
matrik kt gmbng.. phg..
apply u mase mtrik, dpt uitm jengka, phg..
dpt u pas mtrik,
KUKTEM? pun kt phg..
skrg bile dah keje kt shah alam,
terasa nk sgt3 keje kt phg..

wah! pjgnye komen ak..~
jgn mare~~~

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0