February 11, 2011

bila kenangan lama datang


so far,rasanya sudah ramai kenalan aku tau yang aku kini di kuantan.ke sini atas urusan kerja.dan ya,untuk satu tempoh yang lama.projek berkaitan sistem audio dan visual.lokasi projek ialah universiti malaysia pahang.tempat aku tuntut ilmu demi segulung sijil cap diploma.

sekarang kerja aku di keliling dengan kelas-kelas yang biasa aku masuk dulu.hari ada masuk di blok z.lebih tepat kelas terakhir bersama-sama rakan-rakan sewaktu diploma dulu.masa tu la nak datang satu-satu kenangan dengan rakan-rakan kelas.termenung kejap sambil-sambil buat keje tu.

kedua.astaka.yang dulu nya tidak berdinding kiri dan kanan.dulu nya tiada lighting.dulu nya ngan bunyi deruman angin kipas besar tu.dulu nya dengan lantai simen.dulu nya lantai pentas berbunyi kuat pabila aksi lompat-lompat di lakukan.dulu nya jadi tapak latihan aku untuk teater.semua dah berubah.sejuk dingin.berdinding.kalau duduk dalam monitor room masa event tu.masa tu la kadang-kadang terpandang sudut-sudut masa gelak tawa.kejar-kejar.

kemudian.petang tadi di mini theater.tempat aku penah berlakon untuk drama english punye competition.dah ada studio di sebelah mini theater tu.nak buat recording apa pun.buat lah.sistem sume dah ade.kalau takde aral,ade buat testing bulan ni di studio.nak lihat kemudahan yang ada.

dulu di ump.pandang bangunan-bangunan ini hanya sebagai kemudahan untuk belajar.kini pandang bangunan-bangunan ini sebagai tempat aku laksanakan kerja untuk beri kemudahan.dulu sebagai pengguna kini sebagai penyedia.

itulah.masih ada nilai memori yang maseh terpahat.sejauh mana aku cuba untuk lari.lagi dekat ia datang.ada benar kata seorang sahabat :

"yang hitam susah untuk menjadi putih.tapi kalau tuhan sudah kata yang putih itu lebih baik dari hitam.terima."


pesan:moral kesudahan drama melayu jam 7 malam hari ini.kalau dah suka.jangan pendam.jangan minit terakhir baru mula terdetik untuk luah.itu moral cerita.tak ambil pusing.hanya cerita.


1 celoteh:

Nyda Zamani said...

well come back to kuantan..
all da best dear!!
buat keja bagoih2 nooo

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0