February 12, 2011

jodoh?


bila ada kemudahan jalur lebar ni.hati meronta je nak menulis walaupun tak tahu apa yang mahu di coret.kali terakhir rajen mencoret sewaktu zaman belajar dulu la.mencurah-curah isi mahu di tulis. kalau ada kamera,seronok juga bercerita kisah jalan cerita hari ini.tunjuk-tunjuk gambar sikit kan.tapi jarang aku menulis kisah rentetan peristiwa harian aku kat sini.selalu terus kenapa sesuatu topik.

kejap.fikir topik...

maseh berfikir....

okay.cuba cerita tentang jodoh.

kata-kata biasa di dengar tentang jodoh."kalau ada jodoh tak kemana".kalau tak cari,mana nak datang jodoh kan.tup.tup.terus jatuh dari langit.kalau la betul terus datang,kalau kena dengan cantik budi pekerti paras rupa.senyum sampai ke pipi.kalau tak,mula nak salahkan takdir dan sebagainya.tapi diri sendiri tak berusaha kan.usah berserah bulat-bulat.

pusing cerita tentang jodoh ni.tahun ni ramai kawan-kawan yang akhirkan zaman bujang.mana kata,sampai jodoh nya.yang sudah 4,5 tahun bercinta.kuat jodoh mereka.tahniah kerna dapat pertahankan jodoh tu.ada kawan sama umur yang lama tak dengar cerita.tiba-tiba dapat jemputan kahwin.tak sangka jodoh nya cepat.malah ada yang sudah bercinta sekian lama.tapi putus.boleh assume tiada jodoh ke.?

tiba-tiba terserempak dengan kawan atau seseorang yang kita suka.pun kadang-kadang ada jodoh kata-nya.

ada pula bila berjumpa yang baru je.yakin dengan saksama nya gadis/jejaka itu jodoh nya.cepat pula yakin dengan sesuatu.tapi bertukar-tukar.dan setiap kali tukar.kata itu jodoh.gelak aku.

kalau dekad sewaktu ibu dan ayah aku dulu.percintaan lepas kahwin.masa bila pula ye datang-nya ayat jodoh tu.ikatan perkahwinan itu ke yang di namakan jodoh.?

tapi kalau bercerai selepas itu.kata tiada jodoh pula??.so,bagi aku jodoh ni sukar di ramal.datang dengan situasi dan keadaan.yang penting,yakin akan qada qadar.yakni percaya akan sesuatu/segala yang berlaku setelah berusaha adalah ketentuan ALLAH semata-mata.kunci nya usaha.

jangan menuding terus kata itu jodoh tanpa berusaha untuk betul-betul kenal.ya,keyakinan itu perlu tapi jangan terlalu yakin untuk permulaan-nya.ibarat naik lif dari tingkat satu ke tingkat enam pun perlu lalui satu demi tingkat.

nak kata aku pandai selok belok akan jodoh ni.memang tidak la.ye la,seperti ayat mula-mula tadi.cari topik dan tercetus topik kes ramai yang nak kahwin ni.tapi itu persepsi dan pandangan serta persoalan aku tentang jodoh.kalau salah dan ada pandangan sendiri.jangan segan-segan bersuara.


pesan:aku percaya akan jodoh.kamu.?




2 celoteh:

elle said...

saya percaya pd takdir. =)

Nyda Zamani said...

saya percaya pada Dia... :)

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0