January 20, 2009

aku dah kembali menjadi student

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu yang lain dari yang lain.sebab apa?sebab aku dah mula kuliah.bayangkan dah hampir 4 minggu mula semester baru,minggu ni baru mula kuliah.itu pun baru satu subjek.banyak jugak dugaan extend ni.sebab kita kena ikut pensyarah tu.timetable kita memang free je tapi timetable dieorang la yang full.So,klu dia bgtau ada kelas,so ada la kelas.Tapi apa pun,syukur sebab dah mula kuliah.At least,tak de la buntu sangat kepala otak aku ni.tak rasa macam student pun 2,3 minggu sebelum ni.duk bilik je,xde wat pe2 pun.nak ngadap note pun,bukan nak paham sangat.banyak dah lupa.

Sabtu baru ni,pergi lagi ke rtm pahang.Skrip reading,tengok mana watak yang sesuai.Alhamdulillah,aku dapat tempat untuk drama radio tu.Tajuk nya Harga Sebuah Ikatan.Drama sepuluh episod.Banyak watak dalam drama ni.Aku tak di beri kata putus lagi memegang watak apa.Antara watak utama(Asrar) atau watak sampingan(Niswan).tapi tak kisah la dapat watak apa pun,yang penting aku dah melangkah ke suatu ruang yang baru,dapat ilmu serta pengalaman.Drama radio,bukan lah suatu perkara yang senang.Banyak yang masih perlu di pelajari.

Sinopsis cerita ni,mengenai perjalanan hidup seorang gadis(Nawar) ni.Masa waktu perkahwinan dia,bakal suami(Asrar) tak muncul.Kemudian dia membawa diri ke luar negara,menyambung pengajian.Di sana,dia kenal dengan Niswan.Dia berkawan baik dengan Niswan ni.Selepas pulang dari luar negara,dia bertemu semula dengan Asrar.Pada masa yang sama,Niswan meluahkan perasaan kepada Nawar bahawa dia mencintainya.Siapakah yang akan menjadi pilihan Nawar.Niswan,sahabat baiknya atau kekasih lama,Asrar.Untuk mengetahui kisah mereka,dengarkan lah radio hot fm rtm pahang di 104.10 fm.--tapi belum mula recording lagi pun,nanti kalau dah mula di siarkan,aku akan maklumkan ek.

Tak ada apa lagi nak cerita.cuma kepada kawan-kawan se-kelas aku dulu.DEE batch 06/09.Rindu dengan korang.Terutama yang gurl la(xkn nak rindu sgt2 dgn boys kut kn),x dapat nak kacau-kacau mereka di kala waktu kuliah.Hopefully korang enjoy dengan praktikal sekarang.Jangan tensi-tensi.

Adios.


p.s:xsabar nk tggu weekend ni.bertemu
dgn senior ku yg nak grad.lalalala.

5 celoteh:

jumapx said...

wah...
melangkah setapak lagi...
tahniah...
sekuarng2nya mengisi masa2 yg ada kan..he3

DuNia seOraNg pEriNdu said...

t dAh siAr kUrt rAdio iNfoRm r kUrt aJA yErrr...x sAbar mNunGgu...

chentaMAYA said...

tahniah!
hee.
tumpang gembira sama kam0 dpt t0k drama tuh!
t nak keudara in4m k?
hee~

Anonymous said...

salut la bobby!kudos 4 u!

da dpt payment jgn lupa member.hahaha.naseb la ko dpt kwn materealistik cm aku.hohoho.

c h o c o l a t e i.c.e said...

tenkiu sume ats sokongan n dorongan anda..

nnt klu dpt bonus ke..aku blanje ek..

klu dpt cukup2 mkn je..tggu la hot fm ke plak tawar jd dj dieorg ke kn..

lalalala~

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0