December 18, 2010

muncul tiba-tiba

gila.

berabad tak jenguk blog ni.tersentak dari tidur bila tengok sahabat,farani kemaskini blog-nya.
tengok di shoutbox,kak mell jerit suruh bangun.ahaks.trimas kak mell.
banyak habis masa di facebook.plus,di rumah internet tiada.
so,di office je la online.

kalau tak silap.bulan julai last update blog.gila lama.at least,dalam setahun tu ada update jugak.kira okay la kan.

nak habis dah sisa-sisa tahun 2010.

perkembangan sepanjang selepas entri bulan julai aritu.

+ 2 kali tukar kerja.kerja di industri perkilangan.tahan 14 hari.tukar kerja.seminggu tak bekerja.
alhamdulillah,kini sebagai audio service technician.saya suka bidang audio!!!.

+ masih berstatus single dan terus fokus pada kerjaya.walaupun kerjaya tak berjaya mana lagi.ahaks.

+ beli motor.dan bayar ansuran motor bulan-bulan guna duit sendiri.bangga kejap.ngeee.

+ tidak menetap di pinggiran subang.kini menetap berhampiran dengan komuter batu tiga,shah alam.

+ sudah graduasi dengan jaya-nya.

+ sedang berkira-kira untuk lanjut pelajaran dalam bidang audio tapi masih ragu-ragu dengan institusi yang sesuai.ambil kira tentang kos,bulan-bulan siapa nak bayar duit motor weyh.

+ ingat-ingat lupa password nak login blog,tu la..lama sangat tak login.

+ raya aidilfitri dan raya haji yang penuh kelainan tahun ini.manis-manis belaka :]

dan banyak kenangan manis dari sedih dan pahit tahun ni,alhamdulillah.semua nya berjalan lancar.banyak edisi perkahwinan yang dah di hadiri.itu bermaksud,rakan-rakan berstatus single makin berkurangan.mana kata status menjadi uncle bob after this,dah tak lama dah.

apa-apa pun,pesan di sini.

please respect girl.sila sayangi mereka se-adanya.

dan berjumpa lagi di tahun depan,insyaALLAH.


2 celoteh:

Nyda Zamani said...

zanida zamani like this :p

Black Winter said...

first time sampai sini. kira muncul tetibe gak kn. hehe..

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0