December 25, 2009

memang rasa itu ada kalau wujud-nya rasa cinta

Ahaks.Gila tajuk entri kali ini.

Lupa.

Assalamualaikum.dan salam sejahtera.

Sekali lagi.gila tajuk kali ini.cuma mahu tegaskan aku BUKAN dalam zon cinta mahupun sedang melalui musim mengawan.

Baru sampai di rumah.sebentar tadi keluar seketika berjumpa dengan rakan sampai mati aku.borak-borak tentang masalah hidup.rasa mahu cerita sedikit pengalaman aku bersama rakan sampai mati aku yang pernah,mungkin dan sedang bercinta.pengalaman aku tentang cinta itu kosong.bukan kosong,negatif.tapi pengalaman aku bersama dengan keliling yang pernah,mungkin dan sedang bercinta.pengalaman itu banyak.kalau di kumpul-kumpul cerita,tak tercerita di sini.biarlah aku cerita satu dua tiga dahulu.

satu.

aku pernah di kejut kan oleh seorang rakan pada jam 2 pagi.ajak aku teman dia ke kuala lumpur.kerana mahu pujuk kekasih-nya yang sedang merajuk.owh,ketika itu aku sedang menuntut di universiti tempatan awam di pahang.oleh kerana dasar,kawan sampai mati aku teman.kuantan-kuala lumpur.perjalanan 3jam plus plus.kerna mahu memujuk kekasih.
sedangkan boleh pujuk secara maya atau pun hubungan telekomunikasi.tidak.dia memilih ke kuala lumpur.dan di jam 3 pagi.gila.

dua.

pernah di lawati seorang rakan.juga dari kuala lumpur.datang ke kuantan.menaiki bas dari kuala lumpur se-awal jam 7 pagi dan sampai ke kuantan jam 11 pagi.kerana jumpa kekasih yang baru jumpa seminggu yang lepas.dan pulang ke kuala lumpur balik pada 10 malam dan esok-nya bekerja.(part tyme).gila.tak letih ke pe.

tiga.

kekasih sudah beli tiket bas jam 2 petang.mahu pulang ke kuantan dari selangor.teman lelaki koyak tiket tersebut dan kerana itu,teman lelaki nya hantar dia pulang ke kuantan pada jam 8 malam.dan kerana kawan sampai mati ajak turut serta menemani,aku turut jua.sampai jam 12 malam.dan tidur di rumah kawan jam 1pagi.jam 4 pagi bangun,siap-siap.sampai di selangor.terus bekerja.ya,kejadian tersebut pada hari bekerja.menarik bukan,tidur di kuantan dan bekerja di selangor.gila.

empat.

kekasih ada di kuala lumpur.mahu pulang ke kuantan.dari mana,tak pasti.yang pasti.teman lelaki datang ambil di stesen bas puduraya.dan teman lelaki itu dari kuantan.gila.boleh saja kekasih itu beli tiket bas kuala lumpur-kuantan yang ada perkhidmatan itu selang sejam atau dua jam.

lima.

kawan sampai mati aku ni memang seorang pemalu.dan waktu kejadian itu.mahu sambut ulang tahun kelahiran kekasihnya.di beli nya lilin.kek.dan tikar.di tepi tasik di dalam universiti tempatan awam di kuala lumpur.kawan sampai mati aku letak lilin keliling tikar.di letak kek di tengah-tengah tikar.owh,dan sanggup belajar bermain gitar lagu kegemaran kekasih dalam masa sehari dua.dan dia berkolaborasi dengan kawan-kawan kekasih untuk bawakan kekasih dia ke tasik tersebut untuk kejutan.di kelilingi ramai orang.yang kenal dan tidak.kawan sampai mati aku bermain gitar dan menyanyi untuk kekasihnya.gila.merubah personaliti orang yang malu kepada tidak.tapi ini gila aku yang aku boleh terima.

enam.

emm.sampai di sini saja la dulu.mengantuk pula.nanti aku ada masa aku cerita.macam-macam rasa yang tak dapat kita predict tak dapat kita expect rasa yang sebabkan naturalisasi pemikiran menjadi di luar kotak kawalan sendiri.apa yang pasti.rasa itu ada kalau wujud-nya rasa cinta.



**
semua cerita di atas tidak lah seratus peratus benar jalan cerita nya tapi ia benar-benar berlaku.dan buat kawan sampai mati yang sedang bercinta,selamat maju jaya dalam hubungan anda.dan buat yang telah bercinta yakni pernah bercinta tapi hubungan tersebut gagal.mahu ucapkan gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.dan yang belum.emm..kalau ada jodoh,tak kemane bukan.




terima kasih.

6 celoteh:

Azura Ahmad said...

wah bob...bnyak nyer pengalaman ko ngan org yg bercinta...ko bile lagi???

sYafiQ said...

semua itu sepatutnya tidak berlaku..
dan cerita-cerita ini semua menunjukkan seseorang itu tidak matnag dengan dirinya sendiri dan tidak boleh berfikir secara matang dan tidak fikir panjang..

golongan ini adalah golongan celaka dan bodoh

c h o c o l a t e i.c.e said...

yachula:aku..nanti-nanti lah dulu.

syafiq:jgn sedap berkata bro.cerita tiga tu bodoh kan.gila bodoh.hahahaha.


p.s:kadang2 kita xperasan yg kita bodoh menilai.

Azura Ahmad said...

ekeelllee....syafiq..anda dah ckop matang da ker sampai berkata begitu??
okla tue ader jugak kenangan yg dorg buat maser bercinta...setiap individu akan melakukan bnda yg bodoh dlm idop dorg....maybe pengalaman macam nie yang mematangkan org...huhuhu...peace...c

Hanisah Safian said...

salam tuan rumah..

same here.mcm2 karenah,sampai pening!

kasmin said...

huhh... gewe punyo pasal dess!!!

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0