December 13, 2009

kisah 1,2,3 minggu yang lalu

Pergi pekan,membeli budu.

Selamat istirehat di hujung minggu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Sudah seminggu selepas ketemu dengan kerabat senandika di Istana Budaya.bersama-sama menonton Teater Natrah.ya,seronok.puas.dan terubat rindu pada sahabat dan juga lepaskan rasa teruja untuk menonton teater.sudah lama tidak saksi teater selepas koken 2.
Tiada apa mahu ulas tentang teater natrah,sudah maklum akan meletup nya teater itu,dengan tiket yang habis di jual.tentang kualiti teater,kalau sudah di persembahkan di Istana Budaya,rasanya sudah capai tahap kepuasan bila menonton.

Sudah juga 2 minggu berturut-turut aku bekerja pada hari Sabtu.Terasa kesibukan bekerja bila sudah berada di hujung tahun.permintaan produk yang makin meningkat dah company mahu closing akaun untuk tahun ini.terima saja,sudah lumrah bekerja.bukan boleh nak ponteng senang-senang macam waktu kerja dulu.

Sudah hampir juga 3 minggu tidak pulang ke kampung halaman sejak aidiladha lepas.tiada masa untuk pulang,rindu juga pada bonda,ayahanda dan kanda serta dinda ku.juga mahu ucap tahniah buat dinda angah yang telah tamat presentation projek tahun akhir.semoga bijak buat pilihan untuk terus bekerjaya atau mahu sambung pelajaran.

dan aku sedar,waktu itu cepat berlalu.dan yang berlalu akan terus jadi memori untuk di kenang.

0 celoteh:

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0