ke kampung berjalan membeli cili.assalamualaikum,berjumpa kembali.
ya,sudah lama tidak update perkembangan di blog.tapi senantiasa menjadi pemerhati muka sesawang rakan-rakan lain.banyak cerita mereka.walaupun tak ada dekat dengan mereka tapi masih dapat tahu perkembangan mereka.
senyap-senyap aku,banyak-banyak aku perhati,mahu saja aku luah.tapi kadang-kadang aku rasa biar senyap saja jadi jawapan.biar kadang-kadang hanya luah melalui mimik muka,tidak perlu kata-kata.biar orang tak faham tapi aku rasa lega rasa itu di luah.
sehari dua ni,aku banyak jumpa kembali kawan-kawan lama.amat lama.sepuluh tahun mungkin.kawan sekolah rendah.ya,hanya di laman bukumuka.tapi itu cukup memadai bagi aku ingat kembali memori lama.
ingat juga memori lama bila aku dengan rakan yang aku kenal 4 tahun selak-selak kembali helaian foto di komputer riba.tergelak kami.memang betul-betul imbau kenangan lama.
semua itu jadi ukuran untuk aku sekarang.apa perubahan aku.dari segi naturalisasi kematangan hidup aku.
untuk itu,aku mahu ucap terima kasih kepada semua sahabt-sahabat aku yang sama-sama pernah rasa membesar bersama aku.terima kasih kerana membentuk aku.terima kasih kerana menjadi sahabat aku.bagi aku,setakat ini aku masih bergaul dengan rakan-rakan yang betul.
dan aku harap waktu aku bersama rakan-rakan itu dapat kembali walau sekejap.cukup untuk memberi rasa pada aku.yang mula hilang rasa.kerana aku tak mahu rasa itu hilang.
terima kasih kawan.
:]
November 25, 2009
untuk yang rasa dia kawan aku
nukilan dari c h o c o l a t e i.c.e pada 9:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 celoteh:
bob.
selamat hari raya..
=)
same- same~
bob,
gambar kita2 dulu mase skola tu ko ade tengok ke... huhhu.. memori2.. bila kita sume akan berkumpul lagi ye.. hahha..
Post a Comment