April 18, 2009

syarat mengambil peperiksaan akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1.Syarat pertama sebelum memasuki dewan peperiksaan adapun ialah hendaklah penuh ilmu di dada.tapi biarlah ilmu itu bertepatan dengan kertas peperiksaan yang bakal di jawab.tidak ada gunanya jika datang menjawab tetapi tiada ilmu akan kertas subjek yang akan di jawab.

2.Syarat kedua sebelum melangkahnya ke dalam dewan peperiksaan,hendaklah pastikan pakaian yang di pakai itu dibenarkan.Sesungguhnya pemakaian jaket dan baju sejuk tidaklah di benarkan.dan bagi perempuan,pakailah pakaian yang sesuai dan tidaklah gayanya seperti hendak ke east coast mall.

3.Syarat seterusnya,bagi lelaki,hendaklah pastikan rambut anda tidak panjang dan mematuhi peraturan yang di tetapkan universiti.tapi bagi yang degil untuk berambut pendek,sisirkan rambut anda sekemas-kemas nya agar menampakan peribadi yang baik.

4.Syarat ke empat,pastikan kelengkapan untuk menjawab kertas peperiksaan itu cukup.cukup dengan pen nya,cukup dengan pensil mekanikal nya,cukup dengan pemadam nya.cukup segalanya.ini adalah supaya ketika peperiksaan,aktiviti pinjam meminjam itu tidak berlaku.

5.Adalah syarat seterusnya ialah,pemakaian kad matrik dan membawa slip peperiksaan.pentingnya perkara ini agar anda tidak dibenarkan mengambil peperiksaan.sebelum itu,untuk ada slip peperiksaan itu,anda perlu ambilnya dari penasihat akademik anda.

6.Syarat yang ke enam,matikan telefon bimbit anda.adalah molek jika telefon bimbit tidak di bawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.ini supaya tidak menganggu fokus anda.

7.Syarat ke tujuh,perkara yang amat penting.pembawaan toyol atau sebarang nota atau apa-apa yang boleh di panggil bahan untuk meniru.adalah disarankan tidak membawanya masuk.kalau mahu juga bawa,itu adalah tanggungjawab anda sendiri.jangan libatkan yang lain-lain.

8.Sebelum patuhi syarat-syarat di atas,pastikan anda sudah pun meminta restu serta memohon maaf dari ibu dan ayah anda.juga memohon maaf kepada rakan-rakan jika ada buat salah dan silap.dengan itu,semoga di permudahkan kita untuk menjawab kertas peperiksaan.

9.Bagi aku,syarat-syarat itu sebagai perkara-perkara asas yang aku lakukan semasa peperiksaan-peperiksaan akhir dahulu.ada juga yang aku tidak ikut.kalau ada apa-apa lagi syarat yang ingin ditambah.sila bagitahu.tapi apa-apa pun,belajar secara bijak.jangan belajar secara susah.



kawan-kawan.
minta maaf kalau ada buat salah dan silap
selamat maju jaya untuk peperiksaan akhir semester II sesi 08/09.

20 april 2009: DEE 3213 Microprocessor Fundamentals
27 april 2009: DEE 1223 Analog Electronics 1

8 celoteh:

Ruzzaida said...

bob..
goodluck exam nanti..
bg gempak skit result nti..
=]

Dhada said...

Good Luck okay (:
Dhada pung exam juga tp awal sikit .

mocQachinno said...

am printing the post nk wat checklist sblm g jwb exam nnt...

c h o c o l a t e i.c.e said...

kak ida:
trimas..ni pun stop jap study..bls komen ni..huhu..

dhada:
trimas..same to u..gudluck gk exam..

mocQa:
sila2..berguna untuk masa hadapan tu..bley wat panduan sampai abes blaja..huhu..

Anonymous said...

best of luck bobby.

applesakura said...

banyak jgk syarat sebenarnyer yek hehehe br tau... slalu main redah ajew hee

mashi_amie said...

good luck..may allah be with u all the tyme..all the best..u can do it!!

Bint Lazim said...

Good Luck Bob!

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0