October 13, 2009

sedikit rentetan hidup ketika ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama tidak hadir di dunia blog.agak lama.
biasa la,untuk berblogging,perlukan internet.dan aku mempunyai kekangan internet.

sudah susah nak online.selalunya di pejabat.tapi itu dulu.ketika waktu ber-latihan industri.
sekarang tidak,sudah tukar status.bekerja.yup,aku sudah bekerja.
mungkin position aku tidak sehebat rakan-rakan yang lain,tapi aku bersyukur sebab memperoleh pekerjaan di kala waktu ekonomi dunia yang tidak menentu ni.ramai lagi rakan-rakan yang memegang segulung ijazah sarjana muda yang masih menganggur.

tidak terlambat untuk aku ucapkan tahniaah kepada rakan-rakan aku yang sudah bergraduasi pada minggu yang lepas.juga tahniaah kepada rakan-rakan aku yang belajar di uitm yang akan bergraduasi pada minggu ini.

sekarang masih mencari hala tuju hidup.adakah bekerja ini sebagai platform mencari pengalaman sebelum sambung study.atau sebagai mencari pengalaman untuk menerjah ruang kerja yang akan mendatang.apa yang aku pasti,aku cuma mengikut arus sekarang.mana yang hadir dulu,akan aku pilih yang itu.

memang betul kata orang,rasa mahu study itu pasti hilang kala sudah bekerja.mana tak nya,sudah memegang duit dan boleh merancang mahu membeli apa yang ingin.pening kepala kalau fikirkan.

2 hari lagi,genap 4 bulan aku berada di shah alam.berada di dunia yang amat jauh berbeza di waktu belajar dahulu.ramai yang aku kenal.pelbagai ragam sifat manusia aku lihat.dan banyak kenangan pahit manis.macam-macam.serius,macam-macam.dan itu semua membuatkan aku makin matang dan berdikari.

kepada pelajar ump yang dari fakulti elektrik dan masih mencari tempat praktikal.mungkin boleh cuba layari www.neural.com.my untuk dapatkan tempat praktikal anda.

mungkin kurang update selepas ini.cuba mampu hidup sebentar di ruang facebook.itu pun mencuri hidup waktu rehat tengah hari.masih menunggu untuk melanggan streamyx di rumah.bergantung kepada keadaan ekonomi hujung bulan ni.ramai yang hantar borang permohonan untuk my first month salary treats.akan di fikirkan permohonan korang di luluskan atau tidak.

dan sehingga jumpa lagi.ada masa.jumpa di laman sosial facebook ye.






*tutup mata.dengar kata hati.
jangan ikut perasaan.
jangan luka-kan.

1 celoteh:

jumaat_asar said...

salam..

kerja sebagai apa skrg?
legakan dah habis stdy n dpt keje..
cn't wait for tht moment..

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0