July 13, 2009

sedikit kata-kata

Assalamualaikum
dan
salam sejahtera.
Masuk minggu ke lima aku dah praktikal.so far,so good.komunikasi aku dengan rakan sekerja semua ok.mencabar juga bila kita je sorang-sorang yang praktikal kat tempat ni,takde member.so,kena pandai-pandai sendiri ar untuk bergaul.
Dah sebulan aku kat shah alam ni,ramai kenalan baru.gembira dapat berkenalan dengan ramai kawan.ada la juga teman nak berjumpa atau berbual di kala bosan.
berbicara tentang kenalan.kadang-kadang kita merasa kenalan yang kita kenal tu,adakah betul-betul kenal dengan kita.tau atau masak dengan perangai kita.faham atau tidak akan perasaan kita.kadang-kadang kita terlepas pandang atau kita anggap kita memang masak dengan perangainya walaupun 4,5 tahun sudah bersahabat.
kadang-kadang,kenalan yang baru kita kenal tu,tiba-tiba seperti faham akan perangai kita.pelik.tapi aku ada kenalan seperti itu.cepat mengenali seseorang walau baru sekali berjumpa.
apa-apa pun,sesiapa pun kenalan aku.aku akan ingat sampai bila-bila.kerana tanpa kenalan,aku rasa hidup kosong kut.sampai kan ada yang mengatakan "bercinta biar seorang,berkawan biar seribu".
owh.kepada semua kenalan yang mengenali aku.aku gembira berkenalan dengan korang.maaf kalau ada salah silap.
p.s:menu makan malam hari sabtu yang lalu:mee cintan perasa soto..+ burger (lewat malam).

0 celoteh:

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0