February 4, 2009

Bukan aku kata


Kedudukan UMP hampir tercorot

KUANTAN 3 Feb. - Sikap segelintir pegawai dan kakitangan yang tidak berdisiplin menjadi salah satu punca Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di kedudukan hampir tercorot di kalangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim menegaskan, pihaknya kesal dengan sikap pegawai dan kakitangan terbabit yang lebih mengutamakan soal remeh temeh tanpa memberi perhatian kepada aspek kualiti.

''Ada pegawai dan kakitangan yang menjadikan majlis-majlis pelancaran, perasmian dan perjumpaan di Kuala Lumpur atau di tempat lain sebagai keutamaan berbanding dalam universiti ini.

''Kita lebih kerap memberi perhatian kepada perkara yang remeh. Kadangkala lebih menitikberatkan protokol dan kedudukan," katanya ketika menyampaikan Amanat Tahunan 2009 di depan kira-kira 4,000 warga UMP di kompleks sukan universiti itu di sini hari ini.

Teguran Naib Canselor itu disambut dengan tepukan gemuruh ribuan pelajar yang hadir pada majlis tersebut.

Daing Nasir menegaskan, terdapat pegawai universiti itu yang kurang mengambil berat hal ehwal pelajar selain tidak mementingkan masa.

''Peraturan yang dikenakan kepada pelajar juga tertumpu kepada perkara remeh-temeh berasaskan andaian dan buruk sangka.

''Kita lebih cenderung kepada perkara yang mudah seperti membuat peraturan ketat kepada pelajar sedangkan pegawai itu sendiri kurang selesa dengan perkara yang mencabar untuk meningkatkan kebajikan pelajar dan staf," katanya.

Menurutnya, kedudukan UMP di kedudukan hampir tercorot di kalangan IPTA di negara ini mengejutkan pihak pentadbiran universiti kecuali bagi 'mereka yang masih lena'.

Daing Nasir turut mengingatkan pegawai UMP supaya tidak 'syok sendiri' dalam menjalankan aktiviti seperti penerbitan sehingga kegiatan yang dilakukan tidak memberi impak kepada dunia di luar kampus.

Sehubungan itu, beliau mahu setiap pegawai dan kakitangan UMP memberi nafas baru kepada slogan universiti iaitu 'kejuruteraan, teknologi dan kreativiti.'

''UMP memerlukan rekaan semula, berteknologi dan berinovasi. Nama UMP jelas telah memberikan kulit baru kepada universiti ini tetapi isinya masih jauh lagi dari sebuah universiti terkemuka dalam banyak aspek," katanya.


petikan dari akhbar Utusan.

p.s:kenapa NC ni tak masuk dari aku 1st year dulu ek..?..jumapx..beri sedikit komen serta ulasan anda mengenai keratan akhbar ni.

p.p.s:aku bangga menjadi pelajar UMP..lalaLala.

6 celoteh:

AL journey said...

''UMP memerlukan rekaan semula, berteknologi dan berinovasi. Nama UMP jelas telah memberikan kulit baru kepada universiti ini tetapi isinya masih jauh lagi dari sebuah universiti terkemuka dalam banyak aspek," katanya.

AL journey said...

aku suke ayat tu..

c h o c o l a t e i.c.e said...

betul..nama baru mmg membanggakan kita secara luarannya..tapi dalaman-nya..fikir2 kn..huhu..

EdUE said...

did u guys really clapped for those words? i only heard a very big applause when the speech end... propa lebih...

united we stand, divided we fall!

c h o c o l a t e i.c.e said...

tah..xpergi pun amanat tu.

akui yang diri bukan seorg student yg cemerlang dan mematuhi peraturan.

lel said...

sy juga berbangga menjadi student UMP :)

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0