October 25, 2008

Casting

Merujuk kepada memo serta entri blog dari Kumpulan Teater Senandika(KTS),memaklumkan bahawa akan diadakan casting untuk Festival Teater Makum 2008.Berikut sedikit maklumat mengenai casting tersebut:

1)Isnin

TARIKH: 27 OKTOBER 2008
MASA : 10.00 PAGI - 11.00 MALAM
TEMPAT: UNIT SENI BUDAYA (BLOK B2-sebelah kiri banggunan CMLHS)

2)Selasa

TARIKH: 28 OKTOBER 2008
MASA : 8.00 MALAM -11.00 MALAM
TEMPAT: UNIT SENI BUDAYA

Krew untuk:

1)Pelakon
2)Krew pengurusan pentas
3)Krew set, props dan hiasan
4)Krew busana dan tatarias
5)Krew teknikal pencahayaan dan efek khas
6)Krew publisiti dan kebajikan


Oleh itu,saya,Muhammad Fakhrul Shahidan a.k.a Bob dengan ini ingin memaklumkan bahawa saya akan menghadiri casting tersebut.

Harap produksi kali ini akan berusaha lebih gigih untuk menaikkan nama UMP.Mohon kepada senior-senior yang telah ada pengalaman terlibat dengan produksi sebelum ini,sekali lagi turut serta dengan produksi kali ini.Juga kepada junior-junior,jangan segan untuk mencuba serta mengambil peluang untuk menimba pengalaman dengan produksi kali ini.Korang la perintis yang bakal meneruskan perjuangan senior-senior sebelum ini.


Mohon untuk teruskan perjuangan..!!!

1 celoteh:

Raja Azrul said...

huhuhu..berusahalah!!

Jangan putus asa...

buat terbaik..(ayat sama jer dari 2 tahun lepas) hehehe...

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0