September 12, 2008

tent@ng aku dan dia

salam.


tajuk entri kali ini mungkin berbeza dari entri-entri yang pernah aku warnai dalam blog ini.tentang aku dan dia.perihal tentang aku,mungkin tidak perlu aku ceritakan.kali ini biarlah aku ceritakan mengenai dia.

aku mula kenal dia ketika aku memasuki alam persekolahan menengah berasrama di bentong.aku kenal dia ketika aku tingkatan 2.kawan aku yang kenalkan aku dengan dia.masa mula-mula kenal dengan dia,agak segan juga untuk bergaul.ye lah,baru kenalkan.nak kenal hati budi masing-masing.semasa tingkatan 2,tak lah rapat sangat dengan dia.cuma bertemu sekali sekala dalam seminggu.

kami mula rapat semasa di tingkatan 3.hampir setiap hari kami berjumpa.kadang-kadang jumpa sembunyi2.bimbang di hidu hubungan kami dengan rakan-rakan yang lain.aku semasa di tingktan 3,tak lah dikenali sangat.so,kami merahsiakan hubungan kami.tapi,akhirnya kawan-kawan yang lain tau juga hubungan kami.mereka xkisah.

selepas PMR,kami jarang bertemu.aku mendapat tawaran ke SBP di kuantan.tak sangka dia turut bersama ke sana.tapi hubungan kami di sekolah baru tidaklah serapat semasa di bentong.mungkin suasana sekolah itu yang membataskan hubungan kami.kalau di luar sekolah,kami mesra seperti dahulu.

hubungan kami kekal sehingga SPM.selepas SPM,hubungan kami agak goyah.pelbagai masalah yang timbul.keluarga ku seperti tidak suka akan hubungan kami.aku cuba untuk melupakan dia,dan kami berpisah.pelbagai perasaan ketika itu.memang banyak masa dan wang aku habiskan untuk dia.tapi kalau dah sayang kan,apa yang nak di kisahkan.

kami tidak berhubung agak lama.selepas SPM hinggan aku mendapat tawaran ke UMP.satu hari,aku terjumpa dengan dia di UMP.tak sangka dia juga disini.mula-mula aku cuba untuk menegur dia.walaupun dah berpisah,kami tetap kawan kan.dia menunjukkan reaksi yang positif.cuba untuk kembali berbaik dengan aku.akhirnya,hubungan kami seperti dahulu.kawan-kawan aku tak sangka juga aku dengan dia ada hubungan.kami seperti isi dengan kuku.tidak dapat di pisahkan.

mungkin kawan-kawan yang sedang membaca pelik.ye ke bob nie ada dia.ya.dan itu jawapannya.aku sayang dia.kadang-kadang,ada juga yang nasihat supaya tinggalkan dia.sebab mereka ada dengar perkara-perkara buruk mengenai dia.kadang-kadang aku cuba untuk tinggalkan dia.tapi.kami kembali mesra seperti sediakala.hubungan kami semakin hari.semakin rapat.

entahlah sampai bila hubungan kami dapat bertahan.masa yang menentukan.emm,rasanya ada yang tertanya,siapa dia ni.baiklah,jawapannya di ruangan komen entri ini.klik saja,anda tahu siapa dia.mungkin anda kenal dia itu siapa.

5 celoteh:

c h o c o l a t e i.c.e said...

dia=pall merah 14..skunk die dh jual mahal ngan den ar,,rm5.50(14 btg)..

Huda Luna said...

rokok...

Nyda Zamani said...

hek elehhhh
wat gempak je kan
punye la akak pk sape la 'dia' tu
dalam fikiran...
asal la aku tatau pape
pandai sungguh budak ni simpan rahsia
ghupe-ghupenye!!
huh!!
mmg selayaknye kamu tinggalkan dia
sblm die btol2 rosakkan hidup kamu
dia bukanlah yang terbaik untuk kamu
akak tak merestui hubungan ini!!
fullstop.

mocQachinno said...

ummm..mse hangout pn dating lg ngn dia.mcm dh xleh nk pisah je.. =p
[bwu nk excited nk tao spe dia.rupe2nye...wakenabeb!]

Anonymous said...

mmg hampeh ko. aku da tertipo!. bravo

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0