September 7, 2008

senandika itu monolog



Senandika itu monolog

Aku masih ingat waktu mula-mula aku terlibat dengan kumpulan teater senandika(dahulunya dikenali sebagai kumpulan drama,masih tiada lagi nama senandika itu),aku sedang berada di astaka,muncul seorang gadis ni,yuyun namanya,mengajak aku untuk terlibat dengan drama malam ambang merdeka(kini dikenali sebagai malam sautan pewaris).dan dengan berfikir sejenak,aku terus setuju untuk join pementasan drama itu.itulah titik awal penglibatan aku dalam kumpulan teater ni.

Di ikuti pula dengan drama laksamana bentan,teater bonang,adat berkhatan,pusaka sari..rasanya masih ada pementasan yang aku terlibat.dari watak tuan john,tabib istana,dr.(xingat nama watak,tolong ingatkan),tok mudim dan pak ngah.banyak pengalaman yang aku dapat.kenangan manis,pahit,suka dan duka.kenal dengan sahabat baru.

rasanya kalau tidak silap,abg raja yang memberi nama senadika ini.aku pun tidak pasti.kalau salah,tolong betulkan ya.

terima kasih abg raja,abg wan,abg zam,kak mel,,kak nyda,kak nonie,p-dot,kak syikin,farani.Senior dan sahabat yang banyak mencurah ilmu,berkongsi pengalaman mereka dengan aku.Segala teguran,nada marah,nada tegas dari kamu,saya terima,saya anggap itu sebagai satu nasihat,nilai positif untuk saya memperbaiki kelemahan saya.Jasa dan pengorbanan kamu tidak akan saya lupa.

hampir 3tahun aku bersama senandika,sudah ku anggap sebagai keluarga ku di sini(ump).sebagai abang dan akak sendiri..maklumlah,aku anak sulung.dan sekarang adik-adik junior yang baru menjadi ahli keluarga yang baru.

Aku agak terkilan dengan segelintir ahli senandika,sejak2 ini,kehadiran mereka tidak seperti dahulu.lenyap tanpa sebarang khabar.ada yang kali terakhir aku lihat semasa pementasan misi pada semester lepas.adakah mereka sudah tawar hati dengan senandika.tidak mahu memaksa..

kepada ahli keluarga yang baru,aku memohon maaf jika ada tersalah kata,termarah,terhedik kepada kamu.hanya menyampaikan ilmu serta nasihat.ya,saya akui ada kata-kata dari senior yang mungkinmenyebabkan kamu 'down',anggap kami 'kerek'.sesungguhnya itu la yang anda perlu hadapi untuk memperbaiki kelemahan kamu.tak pe kalau buat salah.dan aku memang nak kamu buat salah.tetapi kesalahan itu haruslah diperbaiki dan jangan di ulangi lagi.tanpa kesalahan,kekurangan,kita tak akan mempelajari serta memperbaiki kesalahan itu.segalanya mustahil untuk sempurna.tapi boleh kalau kita hendak bukan.

owh ye,baru dapat info akan kewujudan blog kumpulan teater senandika.bangga dengan kumpulan teater senandika yang kini sudah ada blog.sesungguhnya senior hargai kewujudan blog ini,lebih-lebih lagi alumni senandika.dan kami yang bakal ikut jejak langkah mereka.

dari mata turun ke hati.cinta pertama aku di universiti malaysia pahang:

Kumpulan Teater Senandika








fakhrul shahidan
7 september 2008
universiti malaysia pahang
kuantan
malaysia

2 celoteh:

mocQachinno said...

kenapa tiba2 semua buat tribute untuk senandika? masa untuk senior2 meninggalkan senandika dirasakan semakin hampir. sebagai ahli yang baru menjadi sebahagian daripada keluarga ini, waktu2 yang dihabiskan bersama terasa amat singkat. indeed, senandika is like a family to me already. i feel like i'm blessed to be part of the family. if we could only be in this moment forever, that would be nice, wouldn't it? so seniors, don't go. masa belum time lg!

c h o c o l a t e i.c.e said...

tah...saje je mengisi waktu lapang dengan entri baru..

huhu

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0