September 5, 2008

salam perantauan-siri 1

5 ramadhan 1429H

Bangun untuk ke kuliah jam 8.25pg sedangkan kuliah bermula pada jam 8.30pg.agak lewat hadir ke kuliah pada hari ini.itupun setelah tidak hadir pada kuliah pada waktu pagi 2,3 ari sebelum ni.memakai baju melayu.ye lah,kita belajar di tempat org,nak juga kenalkan budaya tempat kita kan,cth nya dalam berpakaian.habis kuliah jam 10pg.terus pulang ke kolej kediaman.hanya lepak di bilik sementara menunggu solat jumaat.dh xde kuliah untuk hari ni.

Cuaca pada hari ini agak terik.kering juga la anak tekak aku but still berpuasa.jam 3ptg,sahabat aku syapik mengajak aku ke blok B2,untuk mengambil sijil KAKS yg aku sertai pada cuti sem yang lepas.Syapik merupakan pelajar satu kuliah dgn ku,berasal dr BP,sebuah daerah di UK.

Jam 6ptg,ke cafe di kolej kediaman.suasana membeli juadah berbuka di sini agak meriah.sama seperti di kg halamanku.semalam sempat singgah di bazar ramadhan yg diadakan di kolej kediaman 1.berbeza dengan bazar ramadhan di tempat kg halaman,disini kurang pilihan juadah berbuka.tertarik dengan satu menu air di gerai sahabatku,air bandung soda.aku membelinya untuk mencuba semasa berbuka semlm.bolehla sedapnya.sahabatku asalnya di nilai,di sebuah bandar di negara eropah tengah.katanya itu minuman istimewa di sana.

Makanan istimewa masyarakat di sini ialah ikan patin masak tempoyak.ada juga la aku merasa sebelum bln ramadhan.agak enak juga.mungkin aku boleh belajar memasaknya.boleh juga aku memasak nya ketika pulang ke kg halaman nnt.

Semasa nak berbuka tadi,hujan turun.agak lebat juga la.juadah berbuka aku pada hari ini hanya sekadar berlaukkan ayam dan sayur n air tebu.sempat juga membaca email dr bonda td,katanya masak lemak cili api,ikan bakar serta terung berlada.emm,beshnya..

hujan baru berhenti.xdapat aku pergi tarawikh pada hari ini.emm,apa menu sahur pg nnt.klu di umah,pasti bonda sediakan masakan kegemaranku.xsabar pulang ke rumah raya nnt.

salam perantauan siri 1
fakhrul shahidan@bob
universiti malaysia pahang
kuantan
malaysia

6 celoteh:

azwan bamadhaj said...

berangan......

Huda Luna said...

haha...

gile xthn thp berangan bob nih...
tp hebat2...
alangkah best nye klu btoi2 kn..?

mocQachinno said...

npe x cte skali psal eQa yg dr paris tu?

c h o c o l a t e i.c.e said...

to mocQa:oh maaflah,tidak berkesempatan tulis pada entri kali ni..akan saya critakan perihal anda di entri yg len ek..wait for it..huhu~

mocQachinno said...

yeah..'salam perantauan-siri 2',here i come!
hahaha~

c h o c o l a t e i.c.e said...

xlme lg menyusul salam perantaun siri 2..masih mengumpul bahan tulisan.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0