August 28, 2008

coretan buat sahabat

MUHAMMAD FAKHRUL SHAIDAN B.MD YUSOF
BLOK F-05
KOLEK KEDIAMAN 2
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG


Warkah Buat Sahabat


Salam dari saya

Terjaga dari mimpi tidur yang lena,memaksa aku untuk mencoret warkah ini untuk tatapan sahabat.tiba-tiba aku mimpi akan saat-saat perpisahan dengan sahabat-sahabat pabila tiba ujung semester ini.Sahabat sekelas,sahabat senandika,sahabat serumah,sahabat di universitiHiba juga hati ni bila mengenang masa yang akan tiba itu nanti,masih tidakpasti kalau di iringi dengan linangan air mata,aku bukanlah seorang yang senang untuk menangis.

Banyak kenangan bersama sahabat sekalian.3tahun perkenalan bukanlah waktu yang singkat.Amatlah banyak kenangan bersama sahabat.manis,pahit,suka dan duka.

Untuk sahabat sekelas,tanpa kamu di kala waktu aku extend nanti,pasti akan terasa di hati ini.tiada lagi gelak tawa,usik mengusik,gurau senda bersama kalian.tiada lagi hangout bersama-sama kalian.camping bersama.mandi sungai bersama-sama.mintak gula-gula semasa kuliah.tak tahu lah nak mintak pada siapa pula lepas ni.mungkin tiada yang nak "pau" coki-coki aku lagi.pasti aku tergelak sendirian pabila ingat kisah lucu sewaktu kuliah.selamat menjalani latihan industri,insyaALLAH,aku akan menyusul kemudian.jumpa sewaktu menyambung ijazah nanti.

Untuk sahabat senandika,konpem aku rindu sangat-sangat kamu semua.Pastinya festival teater tahun ni pasti terasa kelainannya.tiada lagi 4 sahabat yang sentiasa bersama.ye lah,syapik pun dah latihan industri hujung taun ni.tiada lagi akak-akak yang selalu di buli mahupun di usik oleh saya yang nakal ni.masih ada bad dan rani jadi teman.sorang-sorang senior dah tamat pengajian kat ump,kini tiba giliran p-dot,kak ila,kak akma,kak yun,kak syikin,kak nyda,kak nonie,kak ida,azril n rakan-rakan tahun akhir yang lain.tak tahu macam mane aku nak sesuaikan diri semester hadapan.masa yang menentukan.gelak tawa,havoc,gila amik amik gambar..banyak kenangan bersama kamu.ya,memang kadang-kadang ada juga kita berselisih faham,sedangkan lidah pun tergigit.banyak lagi yang aku nak sampaikan.tapi tunggu je la sampai saatnya nanti.

Untuk sahabat serumah.well,juz want to say,korang housemate,roomate yang paling besh dalam dunia.makan sama-sama,men game sama-sama,study sama-sama.still dun know how to accept dat korang sume dah tak seumah dengan aku dah semester depan.

untuk sahabat di universiti.nice dapat berkenalan dengan korang.sume jasa dan kenangan bersama korang aku akan ingat sampai bila-bila.

akhir kata,coretan ini sekadar untuk mengingatkan aku bahawa setiap pertemuan itu ada perpisahan.dan perpisahan itu akan tiba jua tak lama lagi.

harap waktu lambat berlalu.


sekian,

fakhrul/bob
28.08.2008
4.25pagi

5 celoteh:

Nyda Zamani said...

sedihnye =(
hmmm...
nak buat cemane bob
itulah lumrah kehidupan
setiap pertemuan ada perpisahan
akak pun sebolehnya tak nak waktu itu datang
tapi akhirnya ia bertandang jua
hanya kenangan indah dan linangan air mata yang selalu menemani saat-saat diri hampir pada perpisahan itu
dan tak dinafikan sehingga saat ini pun...
kamu kuatkan semangat ya!
kalau kami sentiasa ada di hati kamu
insyaAllah tak terasa jauhnya jurang yang memisahkan itu...


kamu sentiasa di hati~
=)

Anonymous said...

wah sedinhya...

namun...

jika kita berani utk menerima PERTEMUAN...

kita juga harus bersedia utk menerima PERPISAHAN..

kerna

PERTEMUAN = PERPISAHAN

satu HAKIKAT yang harus kita terima...

meski pahit utk di telan...ingatlah dulu ianya manis utk dikenang...

Huda Luna said...

sedih nye bc blog nih...
sbr eh bob...
huda phm ape yg bob rs...
sbb huda dh pnh rs...
kwn2 mtrx...
rumet mtrx...
sgt rindu dorg...
tp setia pertemuan tu ade perpisahan..
pjg umo dpt jumpe lg...
kn..?

c h o c o l a t e i.c.e said...

to kak nyda,jumapx n huda:

hanya menulis untuk bersedia kenyataan yg akan tiba jua..

cuma perpisahan kali ini,mungkin berbeza perasaan nya dgn perpisahan yg pernah di lalui..

Huda Luna said...

tabah la eh....

gue pasti ridu korg sume!
wlupn kite sume br je knl...

gue sgt epi ngn kamoo sume...

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0