March 12, 2008

..::suka awk::..


Di hadapan orang yang kita cinta, hati
kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim
itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang
yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang
kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah
kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah
bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita
menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita
akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang
yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang
yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai
seseorang yang kita suka. Umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika kita
cuba menutup mata. Cinta berbuah
menjadi airmata. Setiap orang akan
mengalami ini dalam hidup mereka.

2 celoteh:

ZaKrYeE said...

hi bob.....jiwang la bob ni....

::.chocolate ice.:: said...

jiwang itu perlu pew..hehehe~

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0